I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 9 March 2011

Champions League !


Sekali lagi Barca membuktikan bahawa bolasepak merupakan satu keajaiban ! Ketinggalan agregate 2-1 di Emirates tidak membuat anak-anak didik Josep Guardiola susah hati kerana mereka tahu mereka kompem menang di Nou Camp ! Kegoyahan barisan "anak-anak" Arsenal Wenger membawa padah dan akhirnya mereka sekali lagi membuktikan bahawa mereka tidak mampu memenangi piala selama 6 TAHUN ! Satu pencapaian yang agak memalukan dari sebuah kelab yang agak klaseman gitu  ! Haha ! Shaktar Donesk juga membuktikan bahawa mereka dalam kelas tersendiri dengan membenam Roma 3-0 . Satu pencapaian yang luar biasa kerana pada hari sebelum perlawanan, skuad Roma telah berjanji untuk bermain mati-matian ! Apa sudah jadi ? Mungkin faktor referee atau salah makan agaknya .

p/s: yeop jugak steady !



Apa sudah jadi ? Tiada langsung percubaan Arsenal ? Apa makankah mereka ini ? Masalah dalaman agaknya . Rajah diatas menunjukkan bahawa betapa klasemen nya Barca . (Macam ayat buku teks sekolah rendah). Arsenal menang Yellow card ngan Red card sudah la :) Walaubagaimanapun, tahniah kepada Arsenal kerana mencuba . Dan kepada Barca, teruskan perjuangan anda !

Ayat-ayat jurulatih masing-masing setelah tamat perlawanan .


Apa makan budak ini ? Muda lagi dah klaseman ! Haaaa ! Messi sememangnya layak digelar pemain terbaik dunia setelah aksi yang konsisten ditunjukkan beliau ! Mungkin susu ibu menjadi azimat kepada beliau selama ini ! Walaupun susuk tubuhnya kecil, tapi kesungguhan yang ditunjukkan begitu tinggi ! Tahniah Messi .

p/s : Aku bila lagi nak jadi mcm Messi ? :)

2 comments: